Thursday 8 December 2011

TEORI KECERDASAN


TEORI KECERDASAN UMUM SPEARMAN

  • Charles spearman ( 1863-1945 ) merupakan seorang ahli psikologi British.
  • Menurut beliau, kecerdasan adalah keupayaan umum yang mendasari pelbagai tingkah laku. Kecerdasan mempunyai satu faktor dasar umum yang sama iaitu kecerdasan umum ( g- general intelligence).
  • Menurut beliau, manusia yang cergas dalam satu bidang akan turut cergas dalam bidang-bidang yang lain.


  • Spearman mencadangkan bahawa ‘ S’ sebagai keupayaan khusus ( specific abilities ) yang juga mampu mempengaruhi prestasi.


TEORI KEUPAYAAN MENTAL ASAS THURSTONE

            Louis Thurstone ( 1887-1955 ) telah menggunakan analisis faktor untuk menentukan kedudukan kecerdasan.  Thurstone menyimpulkan bahawa tidak terdapat faktor kecerdasan umum. Sebaliknya beliau menekankan kemampuan serta keupayaan asas mental individu yang terdiri daripada keupayaan menggambarkan ruang ingatan, kecepatan mempersepsi, kefasihan berbahasa, keupayaan menaakul, keupayaan mengira dan keupayaan memberi makna secara pengucapan.


  1. keupayaan mengganbarkan ruang. Ia meruoakan keupayaan membayangkan bentuk dan hubungan antara ruang.
  2. ingatan. Ia merupakan keupayaanuntuk mengingat kembali dengan cepat secara mengaitkan dengan sesuatu.
  3. kecepatan mempersepsi. Ia merupakan keupayaan untuk mempersepsi ( mentafsirkan sesuatu ) dengan cepat.
  4. kecepatan memahami bahasa. Ia merupakan keupayaan untuk memahami bahasa dengan cepat.
  5. keupayaan menaakul. Ia merupakan keupayaan untuk membuat rumusan atau kesimpulan daripada sesuatu masalah dengan cepat.
  6. keupayaan mengira. Ia merupakan keupayaan mengira dengan menggunakan angka dengan cepat.
  7. kefasihan perkataa. Ia merupakan keupayaan yang merujuk kepada kefasihan dan kepantasan memikirkan perkataan yang sesuai dengan konteks.

Thurstone percaya bahawa setiap daripada keupayaan ini tidak berkaitan antara 1 sama lain. Prestasi kita dalam setap apek kecerdasan mencerminkan pengaruh faktor kecerdasan khusus dan bukan pengaruh kecerdasan umum.


TEORI STRUKTUR INTELEK J.P GUILFORD


Seperti Thurstone, J.P Guilford ( 1897-1987 ) menolak kenyataan tentang faktor kecerdasan umum. Mengikut Guilford, faktor kecerdassan bukan setakat tujuh sahaja, seprti yang dikemukakan oleh Thurstone, sebaliknya beliau telah mengenal pasto 120 faktor melalui penggunaan analisis faktor. Setiap daripada faktor ini mewakili interaksi antar 3 dimensi utama iaitu operasi, kandungan, dan produk.

  1. Operasi mental : merupakan proses pemikiran, iaitu termasuk ingatan, kognisi, penilaian, pemikiran bercapah dan pemikiran tertumpu.
  2. Kandungan mental. Ia merupakan maklumat yang difikirkan oleh manusia, termasuk simbol, tingkah laku, semantik dan figura.
  3. Produk mental. Merupakan hasil daripada pemikiran tersebut, aitu termasuk unit, kelas, hubungan, sistem, transformasi dan implikasi.

Model 3 dimensi ini menghasilkan 120 faktor ( 5 faktor operasi mental x 4 faktor kandungan mental x 6 faktor produk  mental ) yang masing-masing bebas di ntara satu sama lain. Berdasarkan kepada 33 dimensi ini, Guilford mendefinisikan kecerdasan sebagai satu koleksi sistematik keupayaan atau fungsi untuk pemprosesan maklumat yag berbeza-beza jenis dalam bentuk yang berbeza.

TEORI DUA FAKTOR HORN DAN CATTELL

Teori kecerdasan yang agak baru yang berdasakan kepada analisis faktor telah dibentuk oleh John Horn dan Raymond Cattell, dimana mereka telah mengenal pasti dua faktor kecerdasan.

1.      Kecerdasan bendalir. Kecerdasan bendalir mencerminkan kemampuan berfikir, keupayaan ingatan, dan pemprosesan maklumat secara cepat. Horn dan cattell percaya bahawa kecerdasan bendalir adalah sebahagian besarnya diwarisi, kurang dikesani oleh latihandan semakin menurun ketika mengharungi zaman dewasa
2.      Kecerdasan berhablur. Kecerdasan berhablur pula adalah mencerminkan pemerolehan kemahiran dan pengetahuan melalui pendidikan di sekolah dan pengalaman harian. Horn dan cattell percaya bahawa kecerdasan berhablur meningkat atau tetap sama ketika berada di zaman dewasa akhir.

Wlaupun kecerdasan bendalir semakin menurun ketika umur seseorang semakin meningkat dewasa, namun ia boleh ditingkaykan melalui program pendidikan yang khusus dan program pendidikan juga boleh mempertingkatkan lagi kecerdasan berhablur.


TEORI “TRIARCHIC” KECERDASAN STERNBERG

Kecerdasan yang mendakwa kecerdasan mengandungi tiga jenis keupayaan, dimana teori ini berasaakan kepada pemerhatian beliau tentang bagaimana manusia memproses maklumat.

  1. Kecerdasan komponen. Keupayaan ini membolehkan individu untuk menganalisis maklumat yang ada, menentukan tugasan yang harus diselesaikan serta memutuskan apakah maklumat yang harus diproses. Ini melibatkan keupayaan untuk berfikir secara abstrak, memproses maklumat dan menentukan apa yang akan dilakukan. Tugas-tugas yang boleh digunakan untuk mengukur unsur-unsur kecerdasan komponen ini adalah sepert analogi, perbendaharaan kata dan silogisme. Tegasnya ia mencerminkan keupayaan pemprosesan maklumat, yang membantu dalam prestasi akademik.
  2. Kecerdasan pengalaman. Keupayaan ini membolehkan individu membentuk idea baru dan menggabungkan fakta-fakta yang tidak berkaitan. Ini termasuk menggabungkan pengalaman-pengalaman yang berbeza-beza dalam cara yang spontan dalam menyelesaikan masalah. Ia mencerminkan kreativiti, seperti yang ditunjukkan oleh pelukis komposer, atau ahli sains. Mengikut sternbarg, genius-genius seperti Leonardo da Vinci dan Albert Einstein, adalah mempunyai taha kecerdasan pengalaman yang tinggi.
  3. Kecerdasan konteks. Keupayaan ini embolehkan individu untuk menyesuaikan dalam persekitaran yang berubah-ubah dan untuk membentuk dunianya. Kecerdasan konteks menyediakan individu dengan keupayaan untuk bersedia dalam menyelesaikan masalah dalam situasi yang khusus. Manusia yang kecerdasan konteks merupakan yang tinggi akan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya bergantung kepada situasi atauu kenteks dimana mereka berada. Tegasnya, kecerdasan konteks merupakan keupayaan untuk berfungsi dalam situasi sosial seharian secara praktikal.


Dalam kehidupan kita seharian, banyak situasi yang memerlukan kita menggunakan ketiga-tiga jenis kecederaan ini. Teori ini menyarankan bahawa kita mesti berupaya untuk berfungsi dalam pelbagai situasi. Kita mungkin hebat dalam sesuatu jenis kecerdasan dan tidak hebat dalam dua jenis kecerdasan yang lain. Sternberg percaya bahawa setiap jenis kecerdasan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan melalui latihan.


TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

Howard Gardner mengasaskan teori kecerdasan pelbagai di atas kepercayaannya bahawa otak kita pada hakikatnya mengembangkan sistem yang berasingan untuk  keupayaan keupayaan adaptif yang berbeza-beza yang beliau namakan sebagai “kecerdasan”. Menurut Gardner manusia, mausia mempunyai 8 aspek kecerdasan dimana setiap satu terbentuk secara bebas dengan yang lain. Antaranya ialah

  1. Kemahiran logik matematik. Ia merupakan keupayaan untuk menjalankan operasi matematik. Individu yang mempunyai kemahiran logik matematik yang tinggi adalah seneitif kepada dan berupaya untuk mencerap pola-pola angka, dan berupaya untuk menangani taakulan yang rumit. Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan keuoayaan ini ialah pakar sains, jurutera dan akauntan.
  2. Kemahiran linguistik. Ia merupakan keupayaan untuk berfikir dengan menggunakan perkataan dengan menggunakan bahasa untuk meluahkan makna perkataan; dan juga sensitif keada pelbagai fungsi bahasa. Di antar jenis pekerjaan yang berkaitan dengan kemahian ini ialah penyair, wartawan, pengarang dan pemidato.
  3. Kemahiran muzik. Ia merupakan keupayaan untuk menghasilkan dan menghargai irama melodi,  nada suara, dan timbre. Di antara jenis pekerjaan yang berkait rapat dengan kemahiran ini ialah komposer dan ahli muzik.
  4. Kemahiran ruang. Ia merupakan keupayaan untuk mempersepsi gambaran-ruang secara tepat dan keupayaan untuk berfikir tiga- dimensi. Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahiran ini ialah pengukir, nakhoda kapal dan arkitek.
  5. Kinestetik tubuh badan. Ia merupakan keupayaan untuk mengawal pergerakan dsn menangani objek dengan mahir. Ia juga berkaitan dengan keupayaan untuk memanipulasi objek dan mahir secara fizikal. Di antara pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran ini ialah pakar bedah, penari, ahli sukan dan tukang.
  6. Kemahiran interpersonal. Ia merupakan kemahiran untuk memahami perasaan sendiri dankeupayaan untuk membezakan antara perasaan tersebut untuk memandu tingkah laku. Mereka yang mempunyai kemahiran ini juga mempunyai pengetahuan tentang kekuatan, kelemahan, keingainan dan kecerdasan sendiri. Tegasnya ia merupakan keupayaan untuk memahami diri sendiri. Diantar jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahiran ini ialah ahli psikologi dan ahli teologi.
  7. Kemahiran ahli alamiah. Ia merupakan kemahiran untuk memerhatikan pola dalam alam dan memahami sistem-sistem semulajadi dan buatan manusia. Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahian ini ialah peladang, ahli botani, ahli ekologi dan ahli lanskap.

Gardner berpendapat bahawa seorang individu boleh cemerlang dalam satu bidang terapi dalam bidang yang lain kemungkinan mereka gagal melakukannya dengan baik. Sebagai contoh, seorang pelumba kereta F1 mungkin cemerlang dalam bidang tersebut tetapi tidak berjaya dalam bidang yang melibatkan penaakulan, begitu juga sebaliknya. Menurut Gardner lagi, manusia manusia mempunyai pelbagai kebolehan sosial, namun tidak seorang pun baik dalam semua perkara ( kebolehan ) ataupun lemah dalam  semua perkara. Gardner juga percaya bahawa satu daripada lapan kecerdasan ini boleh dirosakkan akibat daripada kecederaan otak, di mana setiap satu melibatkan kemahiran kognitif unik.



UJIAN KECERDASAN

Ujian Awal Francis Galton

Seorang ahli sains British bernama Franci Galton  ( 1822-1911) telah membina Makmal Antropometrik pada tahun 1844. Antropometrik bermaksud “ pengukuran masa”. Dimana makmal ini, beliau telah mengukur ciri-ciri fizikal manusia, termasuk saiz kepala, kekuatan genggaman, ketajaman pandangan, dan reaksi terhadap bunyi. Galton telah memperolehi dorongan untuk berbuat demikian daripad teori evolusi sepupunya, Charles Darwin. Menurut Darwin individu-individu yang secara fizikalnya cepat menyesuaikan dengan persekitaran adalah mereka yang lebih cenderung untuk terus hidup dengan lebih lama, cukup untuk melahirkan zuriat yang juga ciri-ciri fizikal tersebut. Galton juga membuat andaian yang sama, di mana mengikut beliau individu-individu yang lebih hebat dari segi  keupayaan-keupayaan fizikal, khususnya keupayaan kederiaan dan motpr, adalah lebih mudah untuk terus hidup ( survive ). Beliau melihat bahawa manusia yang sedemikian adalah lebih cerdas berbanding dengan keupayaan fizikal yang lemah. Kajian Galton ke atas perbezaan individu telah membentuk satu bidang psikologi yang dinamakan sebagai psikologi bezaan yang memberikan tumpuan kepada perbezaan kognitif dan tingkah laku di antara individu.

UJIAN KECERDASAN BINET- SIMON

Ujian umum kecerdasan yg formal yang dikenali Skala Binet-Simon mula digunakanpada tahun 1905. Ini bermula pada tahun 1881, dimana Alfred (1897-1911), seorang ahli psikologi Perancis, telah diminta oleh kementerian pendidikan untuk membentuk ujian bagimengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan kelas-kelas khusus bagi pelajar yang lemah dalam pelajaran. Binet telah berkerjasama dengan pakar psikiatri bernama Theodore Simon (1873-1961 ) untuk membentuk ujian yang boleh menilai keupayaan pelajar untuk belajar di sekolah. Setelah membentuk pelbagai soalan yang mengukur keupayaan bahasa, penaakulan dan matematik dan mengujinya beberapa kali, mereka akhirnya telah dapat membentuk satu skala yang mengukur kecerdasan yang dikenali sebagai skala Binet-Simon. Skala ini mengandungi 30 soalan yang disusun secara teratur daripada yang paling mudah kepada yang paling sukar.
Pada tahun 1908, Binet telah mendapat subjek kajian yang mencukupi untuk menentukan purata kecerdasan mengikut umur kanak-kanak. Daripada skor yang diperolehi, Binet telah membina konsep yang dikenali sebagai umur mental (mental age). Konsep ini mendifinisikan kanak-kanak yang mempunyai umur mental 4. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun ( umur tarikh ) tetapi hanya mampu untuk menyelesaikan ujian kecerdasan setahap umur 3 tahun ( umur mental ), maka kanak-kanak tersebut lemah atau tidak cerdas.

UJIAN IQ ( Intelegent Quotient )

Skala Binet-Simon telah dibuktikan berguna, tetapi konsep umur mental pada ketika itu didapati amat mengelirukan.
Masalah ini telah diselesaikan oleh seorang ahli psikologi Jerman bernama William Stern ( 1871-1938 ), ynang mencadangkan penggunaan nisbah umur mental kepada umur tarikh untuk menentukan tahap kecerdasan kanak-kanak. Kanak-kanak yang umur tarikhnya 10 tahun dan umur mentalnya 8 mempunyai nisbah 8/10=0.80, dan kanak-kanak yang umur tarikhnya 6 tahun dan umur mentalnya 4 mempunyai nisbah 4/6=0.67. stern  telah membuang titik perpuluhan secara mendarabkannya dengan 100. Dengan demikian 0.80 menjadi 80 dan 0,67 menjadi 67. Dengan itu formula ini adalah berbentu : umur mental / umur tarikh x100, yang seterusnya dinamakan sebagai intelligent quotient @ IQ. Kita dapat lihat bahawa kanak-kanak yang umur tarikhnya adalah sama dengan umur mental akan mendapat skor IQ sebanyak 100, dan kanak-kanak yang mempunyai umur mental yang lebih tinggi daripada umur tahun mempunyai IQ lebi daripada100.


UJIAN KECERDASAN STANFORD-BINET

Skala Binet-Simon telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris an buat pertama kali digunakan di merika Syarikat oleh seorang ahli psikologi bernama Henry Goddard (1866-1957 ). Satu versi Skala Binet-Simon yang telah disemak semula, yang lebih sesuai dengan kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya Amerika Syarikat, telah diterbitkan pada 1916 oleh seorang ahli psikologi dari university Stanford bernama Lewis Terman ( 1877-1956 ). Versi Amerika ini kemudiannya dinamaka sebagai sebagai Skala Kecerdasan Starnford- Binet, yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Perkara yang agak menyedihkan ialah skala Binet-Simon tidak begitu dikenali di perancis sendiri sehnggakan Skala Stanford-Binet menjadi popular di Amerika Syarikta. Terman juga mereka bentuk semula ujian tersebut sehimgga membolehkannya digunakan untuk kanak-kanak dan juga juga orang dewasa. Edisi terbaru ujian kecerdasan ini telah mengenepikan ujian-ujian yang mengandungi bias dari segi sosio budaya dan jantina serta digantiakan dengan soalan-soalan yang berbentuk neutral.



UJIAN KECERDASAN WECHSLER

DALAM TAHUN 1939, David Wachsler ( 1896-1981 ) telah membentuk ujian kecerdasan. Dalam ujian tersebut, beliau menekankan keupayaan berbahasa ( verbal- bertutur ). Ini kerana ujian Stanford-Biner menekankan keupayaan berbahasa ( bertutur ) dan ini membawa Wechsler membentuk ujian keupayaan kecerdasan menguji keupayaan berbahasa dan juga tanpa berbahasa, yang akhirnya dinamakan sebagai skala kecerdasan Wechsler-Bellevue. ( Bellevue adalah nama hospital dimana Wechsler bertugas ). Berbanding ujian kecerdasan Stanford-Binet yang menekankan kaupayaan bertutur serta mengenal past sesuatu yang abstrak, Wechsler lebih banyak melihat keupayaan-keupayaan yang kain seperti keupayaan untukj mengendalikan kehidupan seharian individu di dalam ujian kecerdasan beliau itu.
Wechsler kemudiannya membentuk beberapa versi ujiannya untuk digunakan oleh manusia pada pelbagai kelompok umur, bermula dengan Skala Kecerdasan Untuk Kanak-Kanak Wechsler ( WISC ), untuk kanak-kanak 6-16 tahun; diikuti dengan Skala Kecerdasan Dewasa Wechsler ( WAIS ), untuk umur-umur akhir remaja hingga ke dewasa dan akhirnya Skala Kecerdasan Prasekolah dan Sekolah Rendah Wechsler ( WPPSI ), untuk umur 4 hingga 6 tahun. Skala-skala Wechsler telah disemak semula dari semasa ke semasa, yang membawa kepada akronim-akronim yang sekarang ini dikenali  sebagai , WISC-R, WAIS-R dan WIPPSI-R. setiap satu skala Wechsler mengandungi 11 sub- ujian yang mengukur aspek-aspek bertutur dan tanpa bertutur yang berbeza-beza.


UJIAN KECERDASAN KELOMPOK

ujian ini ialah ujian bertulis yang boleh dikendalikan oleh seorang pemeriksa. Ujian ini juga tidak hanya mengukur kecerdasan semata-mata, ia juga terdapat bahagian yang mengukur kemahiran erta beberapa keupayaan yang lain. Di antara ujian-ujian tersebut ialah California Test of Mental Ability, Cognitive Ability Test, dan Otis- Lennon Mental Ability Test.
Kelebihan ujian kelompok ini ialah hanya menghapuskan bias di antara pemeriksa dan peserta, serta soalan boleh  dijawab secara cepat dan objektif.  Walaubagaimanapun kelemahan ujian secara kelompok ini ialah pemeriksa tidak dapat mengenal pasti mereka yang berada dalam keletihan, mengantuk serta kurang sihat. Ujian ini juga memihak kepada mereka yang pernah  didedahkann dengan kaedah yang sama berbanding mereka yang tiada pendedahan langsung. Kanak- kanak yang terganggu emosinya juga dapat menjawab dengan baik ujian individu berbanding ujian kelompok. Terdapat pelbagai ujian kelompok yang direka bukan sahaja untuk mengukur kecerdasan tetapi turut mengukur kemahiran dan kebolehan mental yang lain. Ujian-ujian seperti Graduate Record Examination ( GRE ) merupakan ujian yang dijalankan menggunakan kaedah secara berkelompok.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          




1 comment: