Thursday 8 December 2011

Produk Kecerdasan Mat Sa

Salam kawan2 semua.enty sy kli neh adalah kerana terkenangkan zaman silam.

Dulu2, daddy sy selalu bg sy makan pil  neh.tp sy neh degil.kdg2 mkn, kdg2 x.
Pil die kecik2 j n bulat2.xd la cm kt spital 2 kn
Bila da besar neh bwu la ase menyesal sebab xikut ckp owg tua
Ayway, kwn2 pna tgok, mkn or denga x ttg pil ini??

saje je letak gamba besar-besar sebab kenangan mkn pil neh xkn dpt lupa..memori jangka panjang.hehe :)

Bagi yg belum tahu lag apakah pil yg saya sebut-sebut dr intro, baca la sikit2 penerangan yg sy sediakan untuk kwn2 semua.

MATSA merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya, yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.

MATSA mengandungi ramuan dinamik Nux vomica, Calcarea ostearum dan Faktor S 200.Sesuai sangat dengan pelajar yang bengkeng, pelupa, selalu silap istilah, payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat. Kurang tumpuan dan malas.

Faktor S 200: Mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh. Mudah kecewa dan putus asa


REAKSI MATSA

Proses mengira memerlukan tumpuan yang tajam dan keupayaan logika yang tinggi. Biasanya apabila kita tidak dapat jawapan betul atau payah sangat hendak faham dan menyelesaikan masalah hisab Matematik dan Sains kita mudah putus asa dan menjadi marah. Kemudian perasaan kita bertukar menjadi benci terhadap matapelajaran tersebut dan amat malas. Insya-Allah, apabila mengambil formulasi MATSA semua ini akan selesai dan anda akan nikmati suasana tenang dan senang dengan kerja mengira dan berfikir. MATSA bertindak merangsang dan mengaktifkan otak kiri yang terlibat dengan proses mengira, logik, dan pemadanan istilah.


PERINGATAN

Apabila MATSA bertindak mendatangkan perubahan ke arah kecemerlangan minda anda, jika terdapat sebarang keracunan dalam tubuh, ia akan memaksanya keluar dalam bentuk ruam atau bisul atau mungkin sedikit sakit kepala atau demam. Jangan bimbang ini proses pembersihan dalam badan. Racun dalam badan adalah antara penyebab gangguan minda menyebabkan masalah-masalah berkaitan keupayaan mengira, menaakul dan mengistilah.


TEORI PERKAITAN MINDA DENGAN KECERDASAN MATEMATIK DAN SAINS

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Penyelidikan yang dijalankan saintis lain kemudian daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sama. Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-­kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar otak seni. Sementara fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan ), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains. Ada pendapat yang mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih banyak mengguna otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak bertumpuan. Tidak bersandarkan fakta kukuh. Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba-­serbi boleh dikaitkan dengan seni: seni silat, seni lakon, seni kata, , seni tari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi. Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan. Yang seni itu begitu sulit hendak diberikan takrif dan garis panduan yang tepat. Ia terlalu subjektif. Orang Melayu boleh berbual berjam-jam di warung dengan hanya secawan kopi, misalnya. Perkara atau subjek yang dibualkan begitu pelbagai sehingga tidak berkesudahan. Tiada dahulu dan tiada akhimya. Istilah yang digunakan untuk perbuatan berbual begini ialah berborak. Borak boleh jadi bermaksud bohong.

Mungkinkah itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan begitu lemah dalam matapelajaran Matematik dan Sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melayu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja. Sebab Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta. Fakta adalah hujah yang kukuh. la memerlukan penuh tumpuan, fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah. Matematik dan Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Di sinilah mungkin kelemahan yang terdapat pada orang Melayu. Orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri berada di dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi. Sesuatu yang terbiar lama-kelamaan akan hilang fungsi. Jika hal ini benar, untuk mengaktif dan memajukan otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang. Kita kenalah rangsang otak kiri kita.


BAGAIMANA HENDAK RANGSANG OTAK KIRI ?

Mula-mula sekali kita kenalah berani untuk mengubah sikap yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang Melayu kata-kata begini: " Jangan berkira sangatlah," atau "Cincai sahajalah," atau "Lebih kurang sudahlah," atau "Agak-agak jadilah." Semua kata-kata begini menandakan begitu simplistiknya pemikiran orang berkenaan. begitu lurus sampai ke tahap bodoh. Jika kita mahu menjadi lebih cemerlang dalam Matematik dan Sains, kita kena lakukan perubahan. Kita kena campak jauh-jauh kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai, kita mesti kira dengan betul dan tak boleh pakai agak-agak sahaja.

Kemudian gunakanlah MATSA. MATSA adalah satu-satunya rumusan yang disediakan khusus oleh Prof. Dr. Azizan untuk tujuan menggiatkan aktiviti otak kiri dan dengan itu meningkatkan kepintaran pelajar dalam bidang Matematik dan Sains.


AMALAN LAIN YANG DAPAT MEMBANTU

Adalah dinasihatkan agar anda memberikan kepada anak-anak anda yang akan menduduki sebarang peperiksaan, produk


DOA

Berikan doa-doa mudah dan ringkas untuk dijadikan amalan kepada anak. Waktu anak anda sedang menduduki peperiksaan ibu bapa digalakkan mendoakan anak agar berjaya dengan cemerlang. Ada yang menyarankan doa Kanzal Arasy (terdapat dalam buku Yaasin Majmu') setiap kali lepas solat waktu dengan meniatkan kejayaan cemerlang kepada anak-anak yang sedang mengambil peperiksaan. Setiap kali membuka buku biasakan membaca Bismillah. Galakkan juga anak Selawat kepada Baginda Rasullullah S.A.W.


SOLAT HAJAT

Galakkan anak melakukan solat HAJAT sebelum menghadapi peperiksaan. Sekeluarga boleh melakukannya.

MAKANAN

Berikan makanan yang tidak menimbulkan alergi seperti gatal-­gatal, kerana ini akan meresahkan anak yang sedang menduduki peperiksaan. Biasanya yang boleh menimbulkan gatal ialah udang, ketam, sotong, belacan, ayam dan daging.

p/s: selepas baca entry neh, cbe anda relate kn dgn pelajaran yg kte da blaja lam kelas.tenteng hemisfera otak, kecerdasan, persepsi, skema..belum cuba, belum tahu :)
sumber: http://homeopati-examo-salindah.blogspot.com/


0 comments:

Post a Comment