Thursday 1 December 2011

MEMORI

MEMORI
Pemposesan maklumat dan ingatan.
Ingatan merupakan pengekalan maklumat dalam masa yang agak lama melalui proses pengkodan, penyimpanan dan pengeluaran semula maklumat.
Setiap daripada tiga proses ini- pengkodan,penyimpanan, dan pengeluaran semula adalah mewakili proses-proses yang berbeza.

Pengkodan.
Pengkodan adalah satu cara di mana maklumat diproses untuk disimpan dalam ingatan. Ia akan melibatkan proses penukaran maklumat kasar kepada bentuk yang boleh disimpan dalam ingatan.
1.      Penumpuan : pengkodan ingatan bermula dengan kita perlu memberikan tumpuan kepada maklumat. Ini berkaitan rapat  dengan proses persepsi terhadap  rangsangan .
2.      Tahap pemprosesan : tumpuan yang mudah kepada sesuatu rangsangan tidak cukup untuk dijelaskan proses pengkodan.
                                i.            Peringkat cetek : ciri-ciri kederiaan dan fizikal kederiaan.
                              ii.            Peringkat pertengahan ; rangsangan yang disedari dan diiktiraf dan diberikan label.
                            iii.            Peringkat paling dalam : maklumat diproses secara semantik dari segi maknanya.
3.      Pemerincian : pemerincian adalah pemprosesan secara eksentif di semua peringkat.
4.      Penggunaan imej mental : cara pengkodan yang berkesan adalah dengan menggunakan dengan imej mental. Membayangkan imej mental mengenai sesuatu yang akan diingati adalah satu cara yang lebih berkesan.

Penyimpanan.
Penyimpanan merupakan proses penyimpanan atau menyelengarakan informasi dalam ingatan.
1.      Ingatan kederiaan : jangka masanya daripada kurang setengah saat kepada beberapa saat.
2.      Ingatan jangka pendek : jangka masanya sehingga 30 saat.
3.      Ingatan jangka panjang : jangka masanya sehingga seumur hidup.

Pengeluaran semula maklumat.
Ingatan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang perlu dikeluarkan kembali untuk kegunaaan tertentu.

Ingatan jangka pendek.
Maklumat yang dikekalkan hanya untuk masa yang terlalu pendek. Walau bagaimanapun, sesetengah daripda maklumat,khususnya maklumat yang diberikan perhatian akan dipindahkan kepada ingatan jangka pendek ( short- term- memory).

Ingatan jangka panjang.
Ingatan jangka panjang merupakan tempat simpanan bagi maklumat-maklumat. Ingatan ini mengandungi kemahiran dan pengetahuan serta pengalaman yang pernah dialami.
Jenis ingatan jangka panjang.
1.      Ingantan episodik : maklumat yang lebih personal dan spesifik yang disimpan dalam ingatan jangka panjang yang dikenali sebagai ingatan epsiodik.

2.      Ingatan semantik : maklumat umum disimpan dalam kotak ingatan yang dikenali sebagai ingatan semantik.


3.      Ingatan berprosedur : ingatan ini merupakan ingatan yang berkaitan dengan apa yang dipelajari dan apa yang lazim.

Penyusunan ingatan jangka panjang.
1.      Hierarki : dalam banyak perkara kita dapat mengingat fakta dengan lebih baik daripada kita menyusun fakta secara berhierarki.
2.      Rangkaian semantik : kita sering menggunakan rangkaian semantik untuk menyusun bahan-bahan dalam ingatan episodik.
3.      Skema : apabila kita menyimpan maklumat dalam ingatan kita sering menyesuaikannya dengan koleksi maklumat yang telah sedia wujud.

Faktor ingatan.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi ingatan seseorang.
1.      Skema dan ingatan : rekod-rekod pengalaman yang lepas yang tercatat dalam ingatan.
2.      Budaya dan ingatan : mampu menghafal skrip dan nombor, mengingat kembali semula peristiwa serta mengemukakan fakta terhadap sejarah lalu merupakan tanda-tanda ingatan yang baik.
3.      Emosi dan ingatan : maklumat akan mudah diingati apabila kita berada dalam mood yang sama dengan kejadian yang dialami.
4.      Biologi dan ingatan : penglihatan dan pertuturan, ingatan juga dikatakan terdapat pada bahagian otak yang tertentu.
5.      Hormon dan ingatan : kajian yang dilakukan oleh McGaugh dan Cahill, terdapat  dua cara untuk membentuk ingatan. Yang pertama adalah untuk maklumat biasa dan kedua adalah untuk ingatan yang disertakan dengan emosi.
6.      Ingatan “ Flashbulb” : ingatan yang amat jelas terhadap sesuatu perkara dan perisiwa yang berlaku.

Kaedah khusus dalam meningkatkan dan mengekalkan ingatan.
1.      Kaedah lokus : individu mengaitkan bahan ingatan dengan suatu tempat.
2.      Mengelompokkan askara-askara : askara-askara yang panjang dikelompokkan kepada nombor kecil.
3.      Akrostik : menggunakan  huruf pertama perkataanuntuk mengingat  yang hendak dihafal.
4.      Akronim : adalah sejenis kata singkatan.
5.      Anekdot : mengingat maklumat melalui cerita-cerita pendek yang lucu.
6.      Kata kunci dalam bentuk sebuah anekdot : cerita melibatkan imaginasi dengan menghayalkan satu plot yang mempunyai kesinambungan.
7.      Peta minda : kaedah menyalin secara grafik.
8.      SQ3R : melibatkan langkah untuk mengingat. Ianya adalah Survey, Question, Read, Recite, Review. Dilakukan secara berulang-ulang kali.

Lupaan.
1.      Teori reputan: ingatan yang digunakan akan semakin lesap atau hilang dimakan masa.
2.      Teori gangguan : diasaskan kepada bukti-bukti yang menjukkan bahawa lupaan dalam ingatan jangka panjang terjadi bukan kerana faktor masa yang lama.
3.      Teori skema : maklumat yang disimpan dalam ingatan  jangka panjang.
4.      Teori lupaan bermotivasi : tentang usaha-usaha sengaja manusia untuk melupakan sesuatu maklumat dan peristiwa yang tidak menyenangkan dalam ingatan.

Faktor lupaan.
Terdapat beberapa faktor  yang menyebabkan seseorang itu lupa.
1.      Keusangan : disimpan dalam ingatan dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha untuk mengingat kembali. Maklumat tersebut akan pudar lama-kelamaan dan seterusnya luput dari ingatan.
2.      Gangguan retroaktif : menggangu maklumat yang sedia ada.
3.      Gangguan proaktif : maklumat lama yang lebih kurang sama dengan maklumat baru sukar untuk diingati secara keseluruhan.
4.      Tekanana : tekanana perasaan menyebabkan seseorang individu cuba melupakan peristiwa-peristiwa ataupun maklumat-maklumat tertentu.
5.      Kebimbangan : keadaan cemas, takut dan bimbang seseorang individu akan mendapati maklumat yang diingat.
6.      Tempoh masa : mengingat kembali juga dipengaruhi oleh tempoh masa.
7.      Aras keyakinan : aras keyakinan yang tinggi akan meningkatkan keupayaan individu  untuk mengingat kembali maklumat yang diingini.

0 comments:

Post a Comment