Wednesday 30 November 2011

Mesin MRI

Mesin MRI
 
Sejarah
Pada tahun 1946, percubaan pencitraan resonansi magnetik nuklear dilakukan di Amerika Syarikat oleh dua ilmuan iaitu Felix Bloch wikipedia Felix Bloch dari Stanford University dan Edward Culler Purcell wikipedia Edward Purcell dari Harvard.

 

Pada tahun 1952, mereka dianugerahi Hadiah Nobel Fizik untuk Spektroskopi NMR hasil penemuan mereka.

Pada bulan Julai tahun 1977, MRI pertama dilancarkan di Amerika Syarikat.

Mesin MRI pertama tersebut kini disimpan di Institut Smithsonian sebagai bukti sejarah.

Magnetic resonance imaging, yang disebut juga MRI, adalah teknik yang digunakan dalam bidang kedoktoran untuk mengimbas (scanning) organ dalam tubuh secara terperinci.

Teknik ini melibatkan penggunaan mesin MRI. Mesin MRI biasanya memiliki panjang berukuran 1.5 – 2.5 meter. Imbasan dilakukan dengan sebagian atau seluruh tubuh pesakit ditempatkan dalam mesin.

Mesin ini menghasilkan rajah 2-D atau 3-D. Mesin ini sangat sensitive kepada otak atau tisu-tisu yang lembut. Semasa mengimbas, mesin ini berupaya untuk membezakan tisu yang elok dan yang telah rosak. 

Rajah imbasan akan disalurkan kepada komputer bagi membantu ahli radiologi memahami bahagian rosak yang terlibat.

Rajah: tumor otak

Ada dua jenis mesin MRI :

1)    Mesin Tertutup

2)    Mesin Terbuka
*Kedua jenis mesin tersebut pada dasarnya menggunakan teknologi yang sama.

Mesin MRI tertutup
   o   Tubuh pesakit berada dalam mesin atau tabung MRI semasa diimbas. 
   o   Tabung mesin MRI tertutup memiliki lebar sekitar 60 cm.
o   Mesin MRI tertutup adalah jenis mesin MRI yang tertua.
o   Pesakit berbaring di atas meja yang akan ditolak dan dimasukan ke dalam tabung besar.
o   Pesakit diminta untuk berbaring dan tidak bergerak selama pengujian.
o   Prosedur ini biasanya ambil masa sekitar 30-45 minit.

Mesin MRI terbuka
o         Cenderung tidak sebaik yang tertutup. Namun mesin MRI terbuka akan menjadi pilihan bagi pesakit yang fobia terhadap tempat tertutup atau menderita claustrophobia. Lihat claustrophobia

o   Memiliki konfigurasi berbentuk “C”. Pesakit dapat masuk dan keluar dari tepi &  xsepenuhnya tertutup dalam mesin.

o   Mesin MRI terbuka tidak membuat tubuh pasien tertutup sepenuhnya.

o   Pesakit menjalani imbasan sambil duduk atau berdiri.

Cara Mesin MRI Berfungsi
Mesin MRI memiliki magnet yang menghasilkan medan magnet kuat yang digunakan untuk mengimbas pesakit.  Medan magnet akan menyebabkan atom hidrogen dalam tubuh manusia memposisikan diri di sepanjang medan magnet.

p/s :Initiator MRI neh bergayakn...bila la malaysia nak initiate mesin-mesin yang useful macam ni. Nampaknye penymbung gnerasi psikologi la kene buat.hehe

0 comments:

Post a Comment