Tuesday 10 January 2012

Goal Setting

 
Salam dunia, salam semua, salam hari raya...lalala
 
Assalamualaikum :)

Semangat Yang Hilang...oOOOoo.kita cari pulang...

Saya rasa ramai orang yang selalu tertanya-tanya kenapa mereka selalu hilang semangat, tak istiqamah dalam melakukan sesuatu. Misalnya, seorang wanita gempal berazam mahu bersenam tiga kali seminggu. Tapi baru dua hari sudah hilang semangat. Seorang pelajar berazam mahu belajar besungguh-sungguh. Baru tiga hari, azam itu sudah hilang ditiup angin. (cm sy la 2)

Kenapa ? Why ?

Kita sering hilang semangat kerana matlamat yang kita tetapkan itu kabur. Tak jelas. Blur. Sipi2. Misalnya lagi, saya mahu belajar bersungguh-sungguh supaya masa depan saya cerah. Saya mahu mengulangkaji supaya tak mudah lupa. Saya mahu cemerlang dalam pelajaran supaya dapat masuk universiti, kemudian mempunyai kerja yang baik.

See? Nampak tak tiang gol tu? Lau xnampak, mknenye da xlme la tu...



Matlamat saya tak jelas. Apa yang dimaksudkan dengan masa depan yang cerah? Tak mudah lupa? Masuk universiti? Kerja yang baik? Terangkan pada diri sendiri! Catat di mana-mana, baca atau ingat setiap hari! Betulkan semula matlamat itu.

Contoh matlamat hidup yang kabur:
-Mahu ke universiti di luar negara. Eh, universiti apa tu? Di mana? Bila?
-Mahu balas jasa ibu dan ayah. Eh, melalui apa? Macam mana?


Contoh matlamat hidup yang bagus dan tepat:
-Mahu ke Universiti. University of  Tokyo! Di Jepun. Pada tahun 2015.
-Mahu jadi orang pertama dalam keluarga yg melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mahu membebaskan keluarga daripada belenggu kemiskinan. Dapat tunjuk contoh kepada adik-adik agar diorang bersemangat untuk menimba ilmu.

What ever it is, cari apa sahaja yang boleh mendorong kita untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat. Ia mesti sebab yang datang daripada diri sendiri dan bukan kerana terikut-ikut orang lain.

Saya pernah terbaca, matlamat hidup itu umpama tiang gol.. Tanpanya, pemain akan bermain tanpa arah tujuan di atas padang bola.. Namun kalau tiang gol ada sekalipun, pemain mempunyai matlamat yang kabur, kemungkinan bola akan disepak ke arah tiang gol pasukan sendiri. Matlamat yang kabur~

“To live is to choose. But to choose well, you must know who you are and what you stand for, where you want to go and why you want to get there.”

Matlamat hidup sangat penting dan harus jelas. Apa pula matlamat hidup anda? Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiii~~


p/s: JSSP akan adakan program BENGKEL GOAL SETTING...4 Feb 2012
 tulis entri ni wt sy teringat betapa matlamat itu penting lam idup..

0 comments:

Post a Comment